IMG_1110.jpeg

KUCHING, 7 Januari: Sarawak akan memudahkan proses pengambilan pekerja ladang kelapa sawit dari Indonesia.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Stephen Rundi Utom, berkata dengan proses birokrasi yang terlalu rumit sebelum ini, pihaknya akan mempercepatkan kemasukan pekerja asing selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari, seperti di Semenanjung Malaysia.

"We try, once the system is in place, maybe perhaps we can, January, February, work out to say, see what we can do."

Usaha ini bagi menyokong 85 operasi peladangan kelapa sawit milik SALCRA.

Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat kes pengambilan pekerja yang tertangguh sehingga dua tahun, sekali gus merugikan industri perladangan.

Bercakap kepada media selepas lawatan kerja ke Indonesia di Kuching pagi tadi, beliau berkata usaha itu akan dilaksanakan seawal bulan depan.

Pada majlis itu, seramai 65 pekerja dari Indonesia yang baru tiba diraikan dalam satu majlis, manakala 302 pekerja lagi dijangka tiba pada awal bulan depan. -RTM


N69newsflash™

#JagaSarawak #intuSarawak #MFICORD

Instagram : www.instagram.com/stephen.rundi

Tiktok: www.tiktok.com/@stephen.rundi